Wednesday, August 27, 2014



Perlu Ambil Tahu: Cerita Tuala Wanita



"Teman setia wanita. Setiap bulan bila 'masa tu' pasti ia ada menemani kita.."
Tak pernah terfikir tuala wanita boleh menjadi satu topik yang sanggat penting. Pada Shara, bila time datang bulan just pakai la pad itu je.. Tak pernah terfikir apa kandungan pad yang Shara pakai setiap bulan tu, elok ke, ada kesan yang tak elok ke.. Tiada satu standard piawaiyan yang ditetapkan. janji ada brand (selalu masuk TV) selesa dan tak bocor dah OK.

Pernah terfikir tak macam mana orang dulu-dulu guna pad? yang pasti zaman dulu-dulu takda pad macam yang kita pakai sekarang. Diaorang guna kain batik potong kecik-kecik dan lipat untuk jadikan pad. ada juga yang gunakan tuala 'good morning' sebagai pad. So lepas pakai basuh elok-elok dan guna semula. Senang cerita tuala wanita pakai buang belum la wujud lagi.



Pad yang paling awal yang Shara ingat dan agak popular dulu jenama 'Sanita'. Masa tu kita pun budak-budak lagi, kakak suruh pergi kedai cakap suruh pergi beli 'Roti Panjang'. Tokey kedai tu lelaki dia suruh cakap dekat wife dia..kita pun pelik lah kalau beli barang lain dia ambik bagi tapi nak beli roti panjang suruh cakap dekat wife dia..then bila cakap dekat wife dia terus ambik dan masukkan dalam plastik hitam.. tapi x kisah lah janji dah beli yang kakak suruh kalau tak kakak marah..hehhehe..dah balik mintak skit kakak just bag senyuman je..ngadu kat mak, kakak tak nak bagi skit mak pun senyum..terus blur keluar pergi main je..hehehhehe


Perubahan zaman dan teknologi yang semakin maju membuatkan tuala wanita pun berevolusi. Macam-macam brand dan jenis tuala wanita yang boleh didapati dipasaran. Ada tampon, pentilinier, night safe, daily dan macam-macam jenis lagi. Secara zahirnya kewujudan tuala wanita moden ni sangat la baik sebab memudahkan kehidupan seharian kita sebagai wanita kan. Tapi ada yang kita tak tahu dan kurang di ambil tahu tentang tuala wanita. Selalu kita terlepas pandang tentang kandungan dan sebenar tuala wanita yang kita pakai setiap hari ni. 

Pernah tak kita cek dan telitikan apa sebenarnya yang digunakan dalam tuala wanita kita. Secara jujur Shara sendiri tak pernah terfikir dan tergerak hati pun untuk nak tengok kandungan tuala wanita yang Shara pakai. Sampailah satu hari tu Shara berkesempatan mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Syarikat tentang tuala wanita. Punya la terkejut bila kita ketahui apa sebenarnya bahan yang kita letak dibahagian alat sulit kita setiap masa dan kesannya.

Sebenarnya, tuala wanita yang terdapat di pasaran bukanlah 100% kapas. Sebenarnya ia dihasilkan dari serbuk kayu pulpa yang dilunturkan menggunakan beberapa jenis bahan kimia sehingga bertukar menjadi warna putih. Sebahagian tuala wanita pula menggunakan 'recycle paper' daripada kotak, tisu, kertas surat khabar dan sebagainya. Agen peluntur yang kuat dan klorin digunakan untuk menukarkan dari warna asal kepada warna putih, suci dan bersih. Jadi belum tentu kesemua bahan kimia yang digunakan dalam proses pelunturan tadi hilang. Berkemungkinan besar masih ada bahan kimia yang tertinggal pada lapisan tadi sebelum digembur untuk menaikkan rasa gebu yang mana seakan sama fungsinya seperti kapas. Kalau tengok demo yang ditunjukkan tentang bahan dalam tuala wanita Shara rasa dah tak sanggup nak pakai dah tuala wanita yang ada dipasaran.


Cuba bayangkan sebahagaian dari kita dah mula menggunakan tuala wanita seawal umur 10 tahun. Jadi, tidak hairan kalau seawal usia begini, kita dah mula terdedah kepada risiko jangkitan penyakit atau kuman tanpa disedari. Bayangkan bahan-bahan (kimia) yang ditinggalkan di dalam tuala wanita tadi akan menyerap masuk melalui kemaluan wanita (faraj) terus ke saluran peranakan. Jadi tidak hairan la kalau seawal usia 30′an, wanita telah mula dijangkitan penyakit seperti kanser rahim, kanser serviks, barah payu dara dan bermacam penyakit lagi. Antara faktor penyebab adalah penggunaan tuala wanita. Kesan sampingan yang ditunjukkan bukan dalam masa 2 atau 3 hari tetapi memakan masa bertahun lamanya nampak kesan sampingan.

Pernah terfikir tak kenapa zaman dahulu penghidap kanser servik, pangkal rahim dan sebaginya kurang berbanding zaman sekarng? Punca yang paling jelas adalah tuala wanita. Zaman dulu wanita pakai kain tanpa bahan kimia atau dengan kata lain secara semula jadi sebagai pad. Berbeza dengan sekarang tuala wanita terdedah dengan bahan kimia dan recycle paper sebagai bahan pelapik asas.

Apa yang Shara cuba kongsikan, kita memerlukan produk yang boleh “recover” semula kesan penggunaan tuala wanita biasa ni. Penyakit datang dalam hidup kita melalui pelbagai cara tanpa disedari. Kalau hari-hari kita gunakan produk kitar semula, potensi untuk berpenyakit adalah tinggi.


Atas kesedaran tenang pentingnya tuala wanita yang terbaik untuk wanita, Syarikat Hai-O Marketing telah mengeluarkan set tuala wanita 'Bio Seleza' Feminine Pad sebagai pilihan untuk wanita yang mementingkan kesihatan, kebersihan dan kebaikan tuala wanita.


Pada Shara tuala wanita Bio Seleza adalah pilihan yang sangat tepat untuk kita mengelakkan risiko penggunaan tuala wanita yang terdedah dengan bahan kimia. Tuala wanita 'Bio Seleza' diperbuat daripada lapisan kapas lembut yang berkualiti tinggi. Banyak lagi kebaikkan yang boleh didapati dari penggunaan Bio Seleza. Shara akan kongsikan tentang Bio Seleza dengan lebih details dalam entry yang akan datang.

Jika berminat untuk mengetahui tentang Bio Seleza dan berminat untuk mendapatkan set Bio Seleza yang pertama anda, jangan segan-segan untuk menghubungi Shara ye. InsyaAllah Shara akan setia membatu :)


sharing is caring is loving :))
SSY
016-2089508

No comments:

Post a Comment