Thursday, August 28, 2014



1001 Khasiat Bawang Putih



Hari ni Shara nak share sikit tentang satu tumbuhan ajaib yang selalu kita gunakan dalam masakan tapi tak ramai yang sedar akan kebaikannya kepada tubuh badan kita.



Bawang Putih.. (Garlic)

Tahu tak bawang putih yang selalu kita gunakan dalam masakan mempunyai 1001 khasiat yang baik untuk tubuh badan kita? Macam Shara sendiri memang selalu menggunakan bawang putih dalam setiap masakan. Tak tahu pula bahan masakan asas ini mempunyai kebaikan untuk badan kita jika diamalkan. 

Kalau dekat negara kita penggunaan bawang putih dalam masakan harian menjadi sesuatu yang biasa sebagai bahan asas betul tak. Cuba tengok Masyarakat cina terutamanya, diaorang menjadikan bawang putih satu kemestian dalam setiap masakan kerana mereka sedar akan kebaikan bawang putih.


Kalau ikut sejarah, bawang putih ni telah digunakan oleh masyarakat Mesir purba dan juga China semenjak 510SM lagi (baru google tadi) diaorang menggunakan bawang putih sebagai salah satu cara perubatan dan antibiotik untuk badan mereka. 

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi,
  • Energi 623 kJ (149 kcal)
  • Karbohidrat 33,06 g
  • Gula 1.00g
  • Diet serat 2,1 g
  • Lemak 0,5 g
  • Protein 6,39 g
  • Beta-karoten 5 mg (0%)
  • Thiamine (Vit. B1) 0,2 mg (15%)
  • Riboflavin (Vit. B2) 0,11 mg (7%)
  • Niacin (Vit. B3) 0,7 mg (5%)
  • Asam Pantotenat (B5) 0,596 mg (12%)
  • Vitamin B6 1,235 mg (95%)
  • Folat (B9 Vit.) 3 mg (1%)
  • Vitamin C 31.2 mg (52%)
  • Kalsium 181 mg (18%)
  • Zat Besi 1,7 mg (14%)
  • Magnesium 25 mg (7%)
  • Fosfor 153 mg (22%)
  • Kalium 401 mg (9%)
  • Sodium 17 mg (1%)
  • Seng 1,16 mg (12%)
  • Mangan 1,672 mg
  • Selenium 14.2 mg


Kalau kita nak cerita tentang kesan bawang putih kepada kesihatan kita memang banyaklah antaranya:
  • Sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia
  • Berfungsi sebagai anti bakteria
  • mengelakkan penyakit serangan jantung
  • mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia
  • Mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk
  • khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia
  • Dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolestrol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi
  • Membantu menyegarkan pernafasan
  • Dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan
  • Menyuburkan rambut
  • Mengatasi keracunan 
  • Mengurangkan berat badan
  • Mengubati penyakit kulit
  • Dan macam-macam lagi la..
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat. Shara tak pernah try lagi.. tapi kalau ada yang cuba boleh la share pengalaman.

Ini hanyalah sebahagian daripada 1001 khasiat daripada amalan pemakanan bawang putih. Kalau di Korea kan ia menjadi satu budaya dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Ini kerana khasiat sebenar bawang putuh hanya boleh didapati dari bawang putih yang mentah. Bila kita dah masak atau tumis bawang putih, sturktur kimia bawang putih sebenarnya telah berubah dan khasiatnya bukan 100% dapat dinikmati oleh badan kita.


Agak-agaknya kita sanggup tak untuk menguyah bawang putih mentah? Kalau Shara memang tak sangguplah. Lagi satu takut mulut kita jadi berbau lepas menguyah bawang putih. Tapi itu bukan masalahnya jika kita tak sanggup kunyah bawang putih mentah. Sebagai alternatif, Hai O ada mengeluarkan Garlic Tablet yang diproses menggunakan teknologi yang canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih dan menyingkirkan bau dan rasa yang kurang menyenangkan tanpa mengurangkan nutrisi bawang putih tersebut. Dengan kata lain, tablet ni 100% ekstrak bawang semulajadi cuma bezanya dah takda bau dan rasa yang tajam dan tak best. Khasiat masih dikekalkan dan sesuai utk kita amalkan sebagai nutrisi harian kita.




Cara Pengambilan :
  • 2 Kali Sehari
  • 2 Biji Setiap kali ambil
  • Ambil selepas makan




Sharing is Caring is loving 
:))

SSY 

016-2089508

No comments:

Post a Comment