Thursday, March 31, 2016

Sesuatu yang kita tak Perasan pada Incredible HULK

Kalau sebut Hulk semua dah bayangkan HULK seorang yang kuat dah gagah! kan!

Tapi ada sesuatu yang lagi menarik.


Tahu tak? Tahu tak? hehehhehe..

Perasan tak kulit Incredible Hulk? Tak perasan ae..alaa...ok kalau tak perasan siapa yang ade toy hulk..cuba perhatikan!

Tak ada  toy hulk? Ok paling mudah Google  je.. HULK

Tak nak jugak...ok lah shara share pic HULK skit...


Haa.. cer tengok, cer belek..kulit Hulk licin kan..hehhehe...

Tapi dalam entry nie..bukan lah nak share pasal Hulk..tapi nak cerita kelebihan minum air hijau nie...Air ape nie, daripada tadi asik dengan air hijau, air hulk, air hijau, air hulk..

ok..ok.. Senyum..senyum..jangan buat muka ketat macam Hulk k.. :))

Air hijau yang dimaksudkan tu..adalah air kosong yang dicampurkan dengan Alfafa..

Tahu tak ape tu Alfafa..tak sure? ok jom sambung scroll lagi..luangkan skit je lagi masa yang agak emas tu untuk baca apa yang nak shara kongsikan.

APA ITU ALFALFA?


Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala

Makanan’
. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah.

Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain.




So,dah tahu kan sekarang apa bendanya tu ALFAFA..tahu 

tak Khasiat disebalik kehijauannya.

Ok..khasiatnya..teruskan membaca :))


KHASIAT ALFALFA....

Alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.

Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan
tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting.

Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan.

Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. 

Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium.


KEBAIKKAN PENGAMBILAN ALFALFA



  • Menghalang pertumbuhan bakteria 
  • Mengekalkan kebersihan mulut, menghapuskan bau badan dan mengurangkan masalah senggugut
  • Mengurangkan sakit tekak 
  • Masalah anemia 
  • Cepat menyembuhkan luka dan anti keradangan 
  • Mengurangkan masalah tidur dan meningkatkan kualiti tidur 
  • Meningkatkan fungsi hati 
  • Menjaga keseimbangan asid-bes dalam badan 
  • Merawat penyakit asthma 
  • Mengurangkan tahap kolestrol dalam badan 
  • Menyahkan toksin dalam badan

Bagusnya kan Alfafa nie...Banyak sangat khasiat dan kelebihan pada tubuh badan kita..

Memang semestinya lah kan, kita amalkan..

Jom kita sama-sama amalkan.. The best Alfafa yang shara amalkan ialah BV Alfafa..

Mesti nak tahu kenapa kan shara cakap camni..
mesti cakap sebab shara agent BV Alfafa memang la suggest product dia..yang tu pun ya jugak..tapi fakta dan kenyataan BV Alfafa ni the best memang tak leh nak sangkal..sebabnya cer sambung baca skit je lagi..hehhehehe

PERBEZAAN BIO VELOCITY ALFALFA CONCENTRATED DENGAN ALFALFA DI PASARAN





Bio Velocity Alfalfa adalah satu - satunya produk alfalfa yang mempunyai
"Tenaga Bio Velocity".

"Tenaga Bio Velocity" adalah tenaga tulen matahari.

Bio Velocity Alfalfa adalah supplement yg sangat2 bagus di ambil sebagai makanan tambahan harian.

Ini kerana ia dapat :

  • membantu meningkatkan tahap tenaga 
  • memperbaiki aura tubuh badan 
  • anti-radiasi dan anti-stress 
Molekul Bio Velocity Alfalfa juga lebih kecil berbanding alfalfa jenama yang lain.

Molekul yang kecil menjadikan peratus serapan mineral oleh badan lebih tinggi.

Bio Velocity Alfalfa boleh di ambil oleh semua peringkat, kanak-kanak yang tidak suka makan sayur WAJIB ambil Bio Velocity Alfalfa sebagai supplement kerana ia mengandungi 1kg sayuran bersamaan dengan 1 sudu alfalfa


So korang rasa camana?? Hebat tak BV Alfafa..Hebat kan! Kan Shara dah kata...

So kenapa tak pilih BV Alfafa..mesti pilih kan... ;)

Mudah je nak amalkan..

CARA PENGGUNAAN

BIO VELOCITY ALFALFA CONCENTRATED

1. Sebagai minuman

- bancuh 1 sudu besar dengan air kosong.

- Bio Velocity Alfalfa dicampur dengan jus buah-buahan
  dan sedikit garam buluh (exotic juice)

- resepi untuk kulit cantik & badan langsing:
  • Campurkan Lemon + Madu + Bio Velocity Alfalfa (amalkan 3 kali sehari)
- dewasa (1 sudu, 3 kali sehari)

- kanak-kanak (sedikit saja, dicampur dalam susu atau
  jus buah-buahan)

- tidak sesuai untuk pesakit SLE

2. Campur dalam masakan atau kuih-muih

- dimasak bersama nasi (lepas nie kita buat nasi lemak
  warna hijau plak yek.... )

- dicampur dalam adunan kek

- sebagai agar-agar







3. Sapu pada luka-luka kecil atau luka-luka ringan.

4. Sebagai facial mask 

- melicinkan, menegangkan dan menganjalkan kulit
- anti-aging (melambatkan proses penuaan)
- anti-bakteria & anti-kulat
- firming & lifting effect (tak perlu lagi suntikan botox)

- caranya:
    
 > campurkan sedikit Bio Velocity Alfalfa + Garam Buluh
    > sapu pada muka. Cuci selepas 30 minit.




So Jangan tunggu lama-lama, mesti amalkan air HULK BV Alfafa ni, bukan setakat  berkhasiat tapi banyak kelebihan yang akan kita dapat.


Nak order whatsapp/telegram je

Shara 016-2089508 :))

Tak sabar nak pos dekat korang dengan harga paling win!



Sihat-sihat cantik!

Siti Shara Yaakob 
With Love 

Friday, January 23, 2015

Slip Disc

Hari nie..shara terpanggil nak kongsi skit tentang Slip Disc..sebab baru-baru ni..shara terima message daripada kawan terdekat shara ceritakan pada shara.doktor sahkan dia terkena SLIP DISC..sakit ya amat..tak boleh buat apa-apa kerja..just rehat dan baring atas katil.katanya...sakit kan!!

Kalau siapa pernah kena sakit pinggang..sakit slip disc lebih teruk daripda tue...eeeheewwww...shara dengar pun dah terasa deritanya..sebab shara pernah jugak terkena sakit pinggang masa zaman belajar dulu sebab salah pusing masa nak angkat anak buah shara.....memang sangat2 sakit!! tapi slip disc katanya lagi sakit daripada itu...huh!!!! cuba..cuba bayangkan!!!!..so boleh bayangkan tak?? tak fully dapat kan!! 

 Shara yakin ramai yang kat luar sana belum faham dan tahu apa tu slip disc kan!! .meh shara ringkaskan serba sedikit daripada pembacaan shara dan perkongsian daripada kawan shara tue...



Sebelum nie memang shara anggap penyakit slip disc nie remeh temeh je..ibarat macam demam2 biasa ja ataupun ibarat macam period pain...kadang-kadang datang kadang-kadang pergi.....makan ubat baik lah...heeeee..

As agent Premium beautiful shara mesti kena tahu apa tue slip disc..ye lah sebab salah satu fungsi Premium BEautiful corset adalah membantu merawat slip disc!! 

so google skit!! tapi ye lah kan..daripada teori nak nampak dan bayangkan kesakitan yang di alami pesakit slip disc..jangan cakap 100%, 50% pun belum tentu dapat bayangkan..kalau kita tak pernah terkena symptom-symptom awal slip disc...



Slip Disc


Kecederaan pada tulang lembut yang dikenali disc intervertebral / saraf terhimpit ataupun saraf tergelincir 




Hubungan Disc Intervertebral dengan tulang Belakang


Kedudukan Disc Intervertebral

Tulang belakang manusia bukan tulang yang berterusan memanjang daripada leher ke pinggang, tetapi membabitkan tulang berbentuk kiub.

Tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut (
disc intervertebral) antaranya bertujuan menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang di bawahnya.

Kedudukan Disc Intervertebral


Di bahagian belakang tulang belakang ini pula terletaknya saraf tunjang manusia.
Disc intervertebral nie melekat kuat pada tulang belakang dan dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.Disc intervertebral boleh ‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini (slip Disc)



Intervertebral yang Menekan Saraf



Perbandingan Disc 


** 90% sakit tulang belakang berpunca daripada kecederaan pada otot rangka yang kronik disebabkan tabiat posisi, ergonomik dan biomekanik -Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik Tulang Belakang Pusat Perubatan Pakar Sri Kota Klang, Dr. John Ooi Tzen Chuong


Pengesahan Slip Disc

cara terbaik adalah melalui scan MRI (Magnetic Renosance Imaging)


Symptom-symptom awal slip Disc
  • Sakit Pinggang
  • Sakit Tengkuk?leher
  • Kebas Kaki/Tangan
  • Sejuk Kaki/tangan

Punca-Punca Slip Disc
  • Angkat Barang BErat
  • Duduk Terlalu Lama
  • Aktif semasa Muda
  • Pernah Mengalami kemalangan/kecederaan pada tulang belakang
  • Suka pakai high Heel
  • Posisi Duduk yang tidak betul
  • Faktor Umur (30tahun-50 tahun)
  • Kurang Calcium

Kaedah Rawatan (80% tidak memerlukan operation)
  • Corset Tulang Belakang
  • Ubat Tahan Sakit
  • Fisioterapi
  • Suntikan
  • Operation ( sekiranya berlaku komplikasi pada saraf)

Bahaya Slip Disc
  • Lumpuh

Perasan tak salah satu cara untuk merawat!! corset tulang belakang!! Of course lah PREMIUM BEAUTIFUL CORSET

kat sini Shara memang bukan setakat 100% suggest PREMIUM BEAUTIFUL CORSET tapi 200%!! The best corset in Asia tau...dan shara boleh cakap THE BEST CORSET in the world!! In sya Allah...boleh membantu...




Panduan menghindar sakit tulang belakang

**Lebih mudah untuk mengikut panduan nie jika Premium Beautiful corset sentiasa melekat pada tubuh badan...betul ke tidak..kena pakai Premium beautiful corset..baru tahu... ;) 

1. Mengangkat barang

  • Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
  • Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.

2. Duduk

  • Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang
  • Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai.
  • Campurkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.
3. Memandu
  • Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang.
  • Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.
4. Tidur
  • Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
  • Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.
5. Berdiri dan Berjalan
  • Tukarlah posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama.
  • Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
  • Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.

In sya Allah..jika diizinkanNya..Kita nak guna badan nie dalam tempoh dan jangka masa yang panjang kan....so mesti kita jaga sebaik-baiknya...pada yang belum terkena...lebih baik mencegah daripada merawat!! Sebelum terjadi better kita sediakan perisai.kan! kan!....mesti nak pakai Premium Beautiful Corset!! In sya Allah...kita boleh menghalangnya!! MESTI dapatkan atleast satu set peribadi!! boleh direct sms/whatsapp/telegram pada shara 016-2089508 shara bagi harga kasih sayang :))

Tapi mesti diingat penyembuhan sememangnya daripada Allah s.w.t..tapi yang penting kita mesti usaha dan berikhtiar!! in sya Allah... :))


Sharing is Caring 

with love 

SSY


Thursday, August 28, 2014



1001 Khasiat Bawang Putih



Hari ni Shara nak share sikit tentang satu tumbuhan ajaib yang selalu kita gunakan dalam masakan tapi tak ramai yang sedar akan kebaikannya kepada tubuh badan kita.



Bawang Putih.. (Garlic)

Tahu tak bawang putih yang selalu kita gunakan dalam masakan mempunyai 1001 khasiat yang baik untuk tubuh badan kita? Macam Shara sendiri memang selalu menggunakan bawang putih dalam setiap masakan. Tak tahu pula bahan masakan asas ini mempunyai kebaikan untuk badan kita jika diamalkan. 

Kalau dekat negara kita penggunaan bawang putih dalam masakan harian menjadi sesuatu yang biasa sebagai bahan asas betul tak. Cuba tengok Masyarakat cina terutamanya, diaorang menjadikan bawang putih satu kemestian dalam setiap masakan kerana mereka sedar akan kebaikan bawang putih.


Kalau ikut sejarah, bawang putih ni telah digunakan oleh masyarakat Mesir purba dan juga China semenjak 510SM lagi (baru google tadi) diaorang menggunakan bawang putih sebagai salah satu cara perubatan dan antibiotik untuk badan mereka. 

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi,
  • Energi 623 kJ (149 kcal)
  • Karbohidrat 33,06 g
  • Gula 1.00g
  • Diet serat 2,1 g
  • Lemak 0,5 g
  • Protein 6,39 g
  • Beta-karoten 5 mg (0%)
  • Thiamine (Vit. B1) 0,2 mg (15%)
  • Riboflavin (Vit. B2) 0,11 mg (7%)
  • Niacin (Vit. B3) 0,7 mg (5%)
  • Asam Pantotenat (B5) 0,596 mg (12%)
  • Vitamin B6 1,235 mg (95%)
  • Folat (B9 Vit.) 3 mg (1%)
  • Vitamin C 31.2 mg (52%)
  • Kalsium 181 mg (18%)
  • Zat Besi 1,7 mg (14%)
  • Magnesium 25 mg (7%)
  • Fosfor 153 mg (22%)
  • Kalium 401 mg (9%)
  • Sodium 17 mg (1%)
  • Seng 1,16 mg (12%)
  • Mangan 1,672 mg
  • Selenium 14.2 mg


Kalau kita nak cerita tentang kesan bawang putih kepada kesihatan kita memang banyaklah antaranya:
  • Sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia
  • Berfungsi sebagai anti bakteria
  • mengelakkan penyakit serangan jantung
  • mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia
  • Mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk
  • khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia
  • Dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolestrol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi
  • Membantu menyegarkan pernafasan
  • Dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan
  • Menyuburkan rambut
  • Mengatasi keracunan 
  • Mengurangkan berat badan
  • Mengubati penyakit kulit
  • Dan macam-macam lagi la..
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat. Shara tak pernah try lagi.. tapi kalau ada yang cuba boleh la share pengalaman.

Ini hanyalah sebahagian daripada 1001 khasiat daripada amalan pemakanan bawang putih. Kalau di Korea kan ia menjadi satu budaya dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Ini kerana khasiat sebenar bawang putuh hanya boleh didapati dari bawang putih yang mentah. Bila kita dah masak atau tumis bawang putih, sturktur kimia bawang putih sebenarnya telah berubah dan khasiatnya bukan 100% dapat dinikmati oleh badan kita.


Agak-agaknya kita sanggup tak untuk menguyah bawang putih mentah? Kalau Shara memang tak sangguplah. Lagi satu takut mulut kita jadi berbau lepas menguyah bawang putih. Tapi itu bukan masalahnya jika kita tak sanggup kunyah bawang putih mentah. Sebagai alternatif, Hai O ada mengeluarkan Garlic Tablet yang diproses menggunakan teknologi yang canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih dan menyingkirkan bau dan rasa yang kurang menyenangkan tanpa mengurangkan nutrisi bawang putih tersebut. Dengan kata lain, tablet ni 100% ekstrak bawang semulajadi cuma bezanya dah takda bau dan rasa yang tajam dan tak best. Khasiat masih dikekalkan dan sesuai utk kita amalkan sebagai nutrisi harian kita.




Cara Pengambilan :
  • 2 Kali Sehari
  • 2 Biji Setiap kali ambil
  • Ambil selepas makan




Sharing is Caring is loving 
:))

SSY 

016-2089508

Wednesday, August 27, 2014



Perlu Ambil Tahu: Cerita Tuala Wanita



"Teman setia wanita. Setiap bulan bila 'masa tu' pasti ia ada menemani kita.."
Tak pernah terfikir tuala wanita boleh menjadi satu topik yang sanggat penting. Pada Shara, bila time datang bulan just pakai la pad itu je.. Tak pernah terfikir apa kandungan pad yang Shara pakai setiap bulan tu, elok ke, ada kesan yang tak elok ke.. Tiada satu standard piawaiyan yang ditetapkan. janji ada brand (selalu masuk TV) selesa dan tak bocor dah OK.

Pernah terfikir tak macam mana orang dulu-dulu guna pad? yang pasti zaman dulu-dulu takda pad macam yang kita pakai sekarang. Diaorang guna kain batik potong kecik-kecik dan lipat untuk jadikan pad. ada juga yang gunakan tuala 'good morning' sebagai pad. So lepas pakai basuh elok-elok dan guna semula. Senang cerita tuala wanita pakai buang belum la wujud lagi.



Pad yang paling awal yang Shara ingat dan agak popular dulu jenama 'Sanita'. Masa tu kita pun budak-budak lagi, kakak suruh pergi kedai cakap suruh pergi beli 'Roti Panjang'. Tokey kedai tu lelaki dia suruh cakap dekat wife dia..kita pun pelik lah kalau beli barang lain dia ambik bagi tapi nak beli roti panjang suruh cakap dekat wife dia..then bila cakap dekat wife dia terus ambik dan masukkan dalam plastik hitam.. tapi x kisah lah janji dah beli yang kakak suruh kalau tak kakak marah..hehhehe..dah balik mintak skit kakak just bag senyuman je..ngadu kat mak, kakak tak nak bagi skit mak pun senyum..terus blur keluar pergi main je..hehehhehe


Perubahan zaman dan teknologi yang semakin maju membuatkan tuala wanita pun berevolusi. Macam-macam brand dan jenis tuala wanita yang boleh didapati dipasaran. Ada tampon, pentilinier, night safe, daily dan macam-macam jenis lagi. Secara zahirnya kewujudan tuala wanita moden ni sangat la baik sebab memudahkan kehidupan seharian kita sebagai wanita kan. Tapi ada yang kita tak tahu dan kurang di ambil tahu tentang tuala wanita. Selalu kita terlepas pandang tentang kandungan dan sebenar tuala wanita yang kita pakai setiap hari ni. 

Pernah tak kita cek dan telitikan apa sebenarnya yang digunakan dalam tuala wanita kita. Secara jujur Shara sendiri tak pernah terfikir dan tergerak hati pun untuk nak tengok kandungan tuala wanita yang Shara pakai. Sampailah satu hari tu Shara berkesempatan mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Syarikat tentang tuala wanita. Punya la terkejut bila kita ketahui apa sebenarnya bahan yang kita letak dibahagian alat sulit kita setiap masa dan kesannya.

Sebenarnya, tuala wanita yang terdapat di pasaran bukanlah 100% kapas. Sebenarnya ia dihasilkan dari serbuk kayu pulpa yang dilunturkan menggunakan beberapa jenis bahan kimia sehingga bertukar menjadi warna putih. Sebahagian tuala wanita pula menggunakan 'recycle paper' daripada kotak, tisu, kertas surat khabar dan sebagainya. Agen peluntur yang kuat dan klorin digunakan untuk menukarkan dari warna asal kepada warna putih, suci dan bersih. Jadi belum tentu kesemua bahan kimia yang digunakan dalam proses pelunturan tadi hilang. Berkemungkinan besar masih ada bahan kimia yang tertinggal pada lapisan tadi sebelum digembur untuk menaikkan rasa gebu yang mana seakan sama fungsinya seperti kapas. Kalau tengok demo yang ditunjukkan tentang bahan dalam tuala wanita Shara rasa dah tak sanggup nak pakai dah tuala wanita yang ada dipasaran.


Cuba bayangkan sebahagaian dari kita dah mula menggunakan tuala wanita seawal umur 10 tahun. Jadi, tidak hairan kalau seawal usia begini, kita dah mula terdedah kepada risiko jangkitan penyakit atau kuman tanpa disedari. Bayangkan bahan-bahan (kimia) yang ditinggalkan di dalam tuala wanita tadi akan menyerap masuk melalui kemaluan wanita (faraj) terus ke saluran peranakan. Jadi tidak hairan la kalau seawal usia 30′an, wanita telah mula dijangkitan penyakit seperti kanser rahim, kanser serviks, barah payu dara dan bermacam penyakit lagi. Antara faktor penyebab adalah penggunaan tuala wanita. Kesan sampingan yang ditunjukkan bukan dalam masa 2 atau 3 hari tetapi memakan masa bertahun lamanya nampak kesan sampingan.

Pernah terfikir tak kenapa zaman dahulu penghidap kanser servik, pangkal rahim dan sebaginya kurang berbanding zaman sekarng? Punca yang paling jelas adalah tuala wanita. Zaman dulu wanita pakai kain tanpa bahan kimia atau dengan kata lain secara semula jadi sebagai pad. Berbeza dengan sekarang tuala wanita terdedah dengan bahan kimia dan recycle paper sebagai bahan pelapik asas.

Apa yang Shara cuba kongsikan, kita memerlukan produk yang boleh “recover” semula kesan penggunaan tuala wanita biasa ni. Penyakit datang dalam hidup kita melalui pelbagai cara tanpa disedari. Kalau hari-hari kita gunakan produk kitar semula, potensi untuk berpenyakit adalah tinggi.


Atas kesedaran tenang pentingnya tuala wanita yang terbaik untuk wanita, Syarikat Hai-O Marketing telah mengeluarkan set tuala wanita 'Bio Seleza' Feminine Pad sebagai pilihan untuk wanita yang mementingkan kesihatan, kebersihan dan kebaikan tuala wanita.


Pada Shara tuala wanita Bio Seleza adalah pilihan yang sangat tepat untuk kita mengelakkan risiko penggunaan tuala wanita yang terdedah dengan bahan kimia. Tuala wanita 'Bio Seleza' diperbuat daripada lapisan kapas lembut yang berkualiti tinggi. Banyak lagi kebaikkan yang boleh didapati dari penggunaan Bio Seleza. Shara akan kongsikan tentang Bio Seleza dengan lebih details dalam entry yang akan datang.

Jika berminat untuk mengetahui tentang Bio Seleza dan berminat untuk mendapatkan set Bio Seleza yang pertama anda, jangan segan-segan untuk menghubungi Shara ye. InsyaAllah Shara akan setia membatu :)


sharing is caring is loving :))
SSY
016-2089508

Thursday, March 6, 2014

Gold Coast, Aussie!! 2nd Day.


2ND day di Gold Coast, Australia...
tema untuk hari nie..Blue Theme
Hari nie dua tempat kami akan pergi...







Pagi-pagi terus shoot ke Paradise Jet Boating!! 

Jet Boating!! Hatiku berdebar-debar fikir nak naik juga ataupun tengok ja..

Mau tak ketaq..120km/hour tau!!
 kecut perut, ketaq diam diam dalam hati....






yeayyyyy!!! da sampai!!!



aceewaaahhhh cewaaahhhh!!











shara dok tengah sebab seriau..hehehheheh...

Dengan kelajuan 120km/sejam..

boleh bayangkan tak macam mana??..uuuuuuuuiiii..!!!


Dengan lajunya 'pilot' boat nie..
pusing sana pusing sini..
macam naik Banana Boat naik Jet Ski kat Batu Feringgi Beach, Penang tu lah..

Lapped macam nak langgar tiang penanda dekat tengah-tengah laut...

Apa lagi mata pejam rapat lah time tue..
nampak macam nak langgar dah..tapi tak!! 

Menjerit tak yah cakap lah... hahahhahah...kali kedua ketiga ceeee...

Bila keyakinan shara dah ada pada pilot tue baru shara  berani bukak mata luas-luas!! 

And enjoy!! Ya iyyaa aaaoooo..ya iyyaaa aaaaoooo...hehhehehe

siap pesan orang sebelah jangan takut..:p

bukak mata!! memang best!!



Memang basah lencun jugak lah kami even pakai baju hujan..sapa sapa yang dok tepi lagi la teruk macam mandi...hahahaha...

Tapi kami enjoyyyyyy!!!!..memang super duperr best!!..


Selesai ja enjoy dekat Paradise Jet Boating...


kemudian kami ke....







Sampai je kat sana kami tengok sea lion show dulu...
comell..terkedek-kedek jalan buat show..heheheh








Pas tue tengok dolphin show!!


















memang cerdik, bijak, cute dan superrrr!!!



Excited sangat selalu tengok kat tv ja..
kali nie real depan mata...hahahhaha..
kalau utara cakap 'perak buih' kat malaysia tak dak kan...


























Masa nak ke restaurant untuk lunch..
ada budak kecik comell nie dengan ibunya..
comell kan dia...!!
sporting lak tue...hehehe..
yeess!! i luv kids :))
Rindu anak sayang sama..hehehhe




Perut sudah kenyang jom jenjalan lagi...





Kat dalam nie ada juga roller coaster air..shara tak naik..sebab pakai baju putih..nanti basah.risau kotor teruk..hehehhehe.
ceee... alasann baik punya...:))
dan ada juga ala-ala fun fair..sesapa yang suka boleh la layan main..




Polar bear nie malas la..asik dok ctu ja mandi...















Kami kena balik awal skit dari Sea World..Memang kalau boleh nak jalan lagi..nak snap gambar lagi..
tapi sebab malam nanti ada Gala Dinner dekat Hotel..
so kena la balik awal..

Dinner malam ni bertema kan "Hawaaian Theme"...

Hawaiaan Theme ala-ala muslimah dan Malaysian la..hehehhehe
































































Abis je dinner..makan pun sudah goyang duyu pun sudah...
balik bilik tukar baju..jalan-jalan area hotel lagi..then balik rest dan tdo...

sambung jenjalan esoknya pulak!!

Esok lagi best dah lagi extreme....
 kemana???
tungguuu...
shara update next entry....

Lots of love
SSY